Stop Facebook exploiting you: support secure and private social network project

tagtag.com/mamasue

JERUK MEMPELAM

2 liter air
200 g garam halus
1 camt asid benzoate (penahan agar jeruk tidak berbuih)
1/2 camt calcium chloride (menghalang bahan jeruk menjadi lembik) (kapur)
Buah mempelam, dibelah 2 atau hiris nipis

Jerang air dengan garam atas api perlahan hingga mendidih dan garam larut. Masukkan asid benzoate dan calcium chloride, kacau hingga kedua-duanya larut. Ketepikan dari api, biar air garam suam. Masukkan mempelam. Bila air garam sejuk, tutup bekas jeruk dan simpan di tempat gelap dan kering selama 5-6 hari.  

Nota:
Jumlah mempelam bergantung kepada saiznya. Jika terlalu besar, hendaklah dihiris nipis. Buah mesti terendam sepenuhnya di dalam air supaya ia menjadi jeruk dan tidak busuk. Cuba dulu dalam jumlah yg sedikit supaya rasanya dapat disesuaikan dengan selera anda  

JERUK MANGGA  

-Buah mangga muda dibelah dua atau empat atau enam pun boleh gak.
- Rendam semalaman dalam air kapur (kapur sireh, jangan kapur kasut lak)
- Esoknya, basuh mangga bersih-bersih. Perapkan dengan air garam semalaman pulak. Garam biar banyak ye.
- Esonya, tapiskan mangga, buang air garam tu. Jangan basuh dah.
- Masak air gula . Biarkan air gula sejuk. Masukkan mangga dalam bekas/balang/ botol, siramkan air gula. biar semalamam. (Air gula tu biar le pekat sikit..)
- Lepas tu rasa lah...sah sedapppp...hemmmm yummy-yummy! !!.....  
 
 


Home Site Map my.TagTag

Terms of Use
TagTag.com