tagtag.com/m4m4sue
Salamun'alaik..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Setiap kali menjelang Ramadhan Al Mubarak bagi mereka yang kurang membuat rujukan kerapkali menyebarkan hadith yangmana status hadith tersebut dikategorikan sebagai maudhu' ataupun dhaif.
Ada suara biasa akan kedengaran mengenai perkara ini seperti:
Tak mengapalah.. Kan itu tujuan untuk kebaikan..??
atau
Bukan benda tak baik pun..
Inilah yang berlaku pada hari ini..
Para ahli masjid secara terang-
terangan menyampaikan hadith palsu di hadapan jemaah sebelum dan selepas mendirikan solat tarawih mengenai fadhilat tarawih..
Dan tidak ketinggalan juga fenomena penyebaran e-mail tentang hadith palsu ini..
Antara yang kerap kali disebarkan adalah seperti berikut:-
Pada ketika Rasullullah sedang menyampaikan berkhutbah pada solat Jumaat (dalam bulan Sya'aban), Baginda mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat mendengar Rasullullah mengatakan Amin, lalu mereka mengulangi sebutan Amin. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali. Selesai sahaja solat Jumaat, para sahabat lalu bertanya kepada Rasullullah, kemudian Baginda menjelaskan:
"Ketika aku sedang berkhutbah, Malaikat Jibril menghampiri dan berbisik, "Ya Rasullullah sahutlah Aminkan atas do'a ku ini," jawab Rasullullah."
Antara doa Malaikat Jibril itu adalah:
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila tiba bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut:
Tidak memohon keampunan terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Baginda pun mengulangi Amin sebanyak 3 kali.
Dari sebaran ini, maka berpusu-pusulah para kaki sebar menyebarkan e-mail tersebut tanpa diperiksa terdahulu kepada golongan ulama' dan ilmuwan..
Sejak beberapa kali Ramadhan, antara rujukan sejak beberapa tahun lalu.
Dari Ramadhan ke Ramadhan perkara ini sering sekali berlaku. Dalam kitab Sifat Puasa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang ditulis oleh Syeikh Salim bin 'Eid Al-
Hilaly dan Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid.
Namun setelah diperhatikan dengan apa yang anda tulis diatas, ternyata perihal dan maksudnya jauh berbeda. Untuk lebih jelasnya,
makna hadith tersebut adalah seperti salinan dibawah ini.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu juga, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata :
"Amin.. Amin.. Amin.."
Para sahabat bertanya kepada Baginda : "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin..?"
Sabda Baginda.
"Sesungguhnya Jibril 'Alaihis Salam datang kepadaku, dia berkata :
"Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "
Amin", maka akupun mengucapkan Amin...." [Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadits dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin].
Disalin dari Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 27-28, Pustaka Al-
Haura.
Yang lebih lengkap bingkisan dari buku Birrul Walidain oleh Al Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, mukasurat 44-45 terbitan Darul Qalam.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, Amin, Amin".
Para sahabat bertanya. "Kenapa engkau berkata 'Amin, Amin, Amin' Ya Rasulullah?"
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda;
"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Wahai Muhammad, celakalah seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat
kepadamu dan katakanlah Amin!' maka kukatakan, 'Amin'.
Kemudian Jibril berkata lagi, 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah Amin!', maka aku berkata : 'Amin'. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata lagi.
'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justeru itu tidak memasukkan dia ke dalam syurga dan katakanlah Amin!' maka kukatakan, 'Amin".
[Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,
diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-
Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)
Inilah hadith yang digubah hingga jauh dari yang asalnya..
Jika mensabitkan hadith yang tidak pernah disebut atau diamalkan oleh Baginda untuk diamalkan atau disebarkan, umpama melakukan penipuan dengan mengunakan nama Baginda.
Ingatlah hadith sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;
"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, dia hendaklah mengambil tempat tinggalnya di neraka."
Bersama marilah kita perbaiki ibadah kita dengan beribadah sebaik mungkin..
Carilah Ilmu Kenali Allah..
Takutkanlah Azab & Syurga Allah..
Harapkanlah Syurga Allah..
**__________________
____________________
________**
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**__________________
____________________
________**
Terima Qaseh,
Wassalam..
Azri Al Aziz
kanda.azri@yahoo.com
hati2 hadis yg disebarkan:
maksud hadis
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Home Site Map my.TagTag
Terms of Use
TagTag.com