TagTag pledge: Help us build secure and private social network

tagtag.com/m4m4sue

Petua 1
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.  

Petua 2
Ambil segenggam beras pulut dan digoreng hingga kekuningan kemudian ditumbuk sehingga halus. Selepas itu dicampurkan dengan limau nipis/cuka makan dan digosokkan keseluruh badan sampai kering. Akhir sekali bilas dengan air bersih.  

Petua 3
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.


Home Site Map my.TagTag

Terms of Use
TagTag.com