Stop Facebook exploiting you: support secure and private social network project

tagtag.com/m4m4sue

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.
Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja- kerja dirumah.  

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.  

Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.  

Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian
tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.  

Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses
pertumbuhannya.  

Buntut Kawah - Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk
sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan selepas digunakan.  

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama
sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.  

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.  

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.  

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.  

Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.  

Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam
mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau
limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.  

Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta
gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari,
ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.  

Kurap - Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur
sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.  

Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit
belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta
tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.  

Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau
nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut- turut.  

Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil,
cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan- lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.  

Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu.
Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.  

Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut- turut. Gendut akan menjadi kempis.  

Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.  

Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum.  

Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat.
Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.  

Tapal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.  

Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al- kauthar
tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih
pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.  

Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati
santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.  

-
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang
tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut
dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut.
Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki.
Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.  

Ari-ari Pedih - Sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas,
ambil sirih bertemu urat, sebiji pinang yang telah dibelah tiga
bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.  

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air
daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.  

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.  

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja- kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.  

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.  

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan
sirih pinang  

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.  

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.  

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air,
campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu- ibu yang baru lepas bersalin.  

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.  

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta
diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.  

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih
bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling
lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.  

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan. - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.  

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang
ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.  

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya  

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang
sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agar layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.  

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al- Ikhlas
tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.  

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. - Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.  

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut- turut.  

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit.
Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.  

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.  

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai
daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika
masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.  

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).  

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip- kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.  

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit
delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih
bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat- lumat
serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. - Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut- turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.


Home Site Map my.TagTag

Terms of Use
TagTag.com