TagTag pledge: Help us build secure and private social network

tagtag.com/m4m4sue

Cinta Umar al- Khattab kepada Rasulullah  

NABI itu (hendaklah) lebih utama bagi orang-orang Mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri- isterinya adalah ibu- ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain menurut (hukum) kitab Allah, daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat- sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam kitab Allah. (al-Ahzab: 6)  

ORANG Islam perlulah mencintai Rasulullah melebihi cintanya kepada dirinya sendiri. Rasulullah pernah bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sebelum kamu mencintai aku lebih daripada kamu mencintai dirimu, hartamu, anakmu dan manusia sekalian.”  

Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, aku mencintai engkau melebihi segala- galanya kecuali cintaku kepada diriku sendiri.”  

“Tidak, ya Umar,” jawab Rasulullah. “Engkau mencintai aku melebihi cintamu pada dirimu sendiri .  

“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintaimu melebihi segala-galanya, walaupun diriku sendiri.” kata Umar al-Khattab.  

“Sekarang barulah betul,” kata Rasulullah.  

Tidak ada orang di dunia ini yang mencintai Rasulullah seperti Abu Talib mencintainya. Abu Talib memelihara Rasulullah dengan penuh kasih sayang ketika Baginda masih kecil. Apabila musuh Islam mencari Rasulullah, Abu Talib akan melindungi Baginda.  

Apabila orang kafir Quraisy memulaukan Rasulullah, Abu Talib tetap teguh di sisi anak saudaranya itu.  

Kecintaannya kepada Rasulullah adalah salah satu perakuan bahawa Baginda adalah Rasul Allah yang diutuskan ke dunia ini untuk menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia.  

Orang-orang yang beriman mengakui kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah. Perintah Baginda harus dipatuhi dan dilaksanakan.  

Orang-orang Islam dahulu menunjukkan bukti cinta mereka dengan sentiasa berada di sisi Rasulullah untuk mempertahankan Baginda daripada apa jua ancaman. Mereka rela syahid demi Rasulullah.  

Umat Islam perlu memperbanyakkan berselawat kepada Baginda. Ikutilah dan hayati sunah-sunah Rasulullah bagi membuktikan cinta kita kepada Baginda.  

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al- Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.  

PENGAJARAN  

* Kita mesti mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri kita sendiri. Tidak ada benda di dunia ini yang boleh melebihi cinta kita kepada Rasulullah.  

PERBENDAHARAAN KATA  

* memulau: menyisih seseorang  

* berselawat: membaca doa ke atas kesejahteraan nabi  

* sunah: peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad s.a.w.  

INFORMASI  

Umar dikenali sebagai seorang yang berani melakukan pembaharuan. Antaranya ialah;  

* Mencetuskan idea untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran.  

* Merupakan orang pertama yang mendapat gelaran Amirul Mukminin (ketua orang-orang beriman).  

* Orang pertama yang membuat Kalendar Hijrah bagi umat Islam.  

* Orang pertama menyusun barisan pentadbiran dalam pengurusannya. Juga mengemaskini sistem gaji, rekod dan ketenteraan.  

* Orang pertama melantik pasukan keselamatan seperti polis zaman sekarang.  

Home Site Map my.TagTag

Terms of Use
TagTag.com